Melanie dan Nigel Walsh sebelum ini pernah cuba menjual rumah yang dibina pada tahun 1760 itu pada harga £6.25 juta (RM33.7 juta) tetapi gagal menarik perhatian pembeli sebelum memilih kaedah menjual tiket cabutan bertuah atas talian.

Pasangan itu sepatutnya mengutip £8.1 juta (RM43.7 juta) sekiranya setiap tiket tersebut terjual menjelang tarikh tutup pada 16 Disember lalu tetapi malangnya gagal mencapai sasaran.

Mereka telah melanjutkan tempoh cabutan selama enam bulan lagi dengan tawaran tambahan semua cukai, duti setem dan yuran guaman secara percuma. Kaedah menjual hartanah melalui tiket cabutan bertuah semakin popular dalam keadaan pasaran tidak menentu sekarang.

Rumah mewah tiga tingkat itu mempunyai enam bilik tidur, enam bilik air, pawagam peribadi, gimnasium dan sebuah kotej tiga bilik berasingan di atas tanah seluas 1.6 hektar dan cuma 3 kilometer dari tiga lapangan terbang utama di London. – Agensi