Lebih mengejutkan, Colin dari Maidenhead, England, dikecewakan ekoran lamarannya ditolak setiap tahun tetapi dia telah dilamar oleh kekasihnya pada Disember tahun lalu. Mereka berkahwin di sebuah gereja di pekan Telford, dekat Birmingham bulan lalu.

“Apabila dia melamar, saya hampir terjatuh dari katil. Sekian lama saya melamar dan tiba-tiba dia pula yang melamar, tentu sekali saya katakan setuju,” kata Colin.

“Kami jatuh cinta pandang pertama. Keajaiban hidup membolehkan kita bertemu dengan seseorang yang begitu istimewa, perkahwinan ini ialah kemuncak kasih sayang antara kami selama 43 tahun,” tambahnya. Pasangan duda dan janda itu bertemu buat pertama kali pada tahun 1976 semasa anak-anak mereka daripada perkahwinan terdahulu bermain di taman permainan yang sama.

Mereka berpindah ke Newton di Wales selepas bercinta dan bersama-sama membuka syarikat perniagaan perabot dinamakan Young Jones sejak 30 tahun lalu.

Pauline disahkan menghidap penyakit saraf otak dikenali sebagai kemerosotan kortikobasal pada tahun 2005, menyebabkan pergerakannya perlahan serta anggota badannya terketar-ketar.

Pasangan itu memilih untuk berpindah ke Pulau Gozo di Malta selepas Pauline disahkan menghidap penyakit tersebut untuk hidup lebih santai dengan membuka sebuah pusat penginapan pelancong.

Bagaimanapun, wanita itu kini tinggal di sebuah pusat jagaan di Telford, England selepas keadaannya semakin teruk manakala Colin pula terpaksa berulang-alik dari Telford dan Pulau Gozo selang beberapa minggu untuk menguruskan perniagaan mereka. – Agensi