Wayne Sheppard, 45, yang berasal dari Plumstead, tenggara London pada asalnya tidak boleh melukis atau pun mewarna.

Namun satu perubahan berlaku selepas dia rebah di tempat kerjanya pada Disember 2016 akibat strok dan doktor turut mengesahkan dia menghidap kanser tahap empat.

Pakar-pakar percaya kerosakan pada otak kanannya akibat strok yang mempunyai kaitan dengan kreativiti dan skil musikal berkembang kerana sel-sel otak baharu mula tumbuh ketika dalam proses pemulihan.

Kata Sheppard, kecederaan itu menyebabkan seperti ada satu desakan menyuruhnya melukis dan dia kini mampu menjual lukisannya pada harga sehingga £400 (RM2,100). – AGENSI