Anggota pakatan tersebut, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memberikan tarikh akhir kelmarin untuk puak Houthi yang disokong Iran berundur dari bandar pelabuhan Hodeidah di bawah rundingan diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ini merupakan jam tera­khir bagi mendapatkan jaminan tanpa syarat bahawa militia Houthi akan meninggalkan Hodeidah,” kata Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Luar UAE, Anwar Gargash kepada agensi berita Reuters, namun, beliau enggan mengulas tentang operasi ketente­raan itu.

Ini merupakan kali pertama tentera asing yang menyertai perang pada 2015 bagi pihak kerajaan buangan Yemen cuba menawan sebuah bandar pelabuhan utama yang dika­wal ketat.

Hodeidah merupakan pelabuhan terbesar Yemen di perairan Laut Merah dan satu-satunya pelabuhan dikuasai militia Houthi. Ia menjadi nadi kepada majoriti penduduk yang tinggal di wilayah-wilayah yang diperintah oleh pemberontak tersebut.

PBB menyatakan, ia sedang terlibat dalam rundi­b ngan diplomasi antara puak Houthi, Arab Saudi dan UAE bagi menghalang serangan itu. PBB bimbang serangan ke atas Hodeidah akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Yemen.

PBB menganggarkan seramai 600,000 orang tinggal di Hodeidah, manakala dalam senario terburuk, serangan oleh pakatan Arab Saudi akan meragut sehingga 250,000 nyawa dan menyebabkan bekalan makanan terputus kepada berjuta-juta penduduk Yemen yang berdepan kebuluran dan penyakit. – Reuters