Pesakit berusia 65 tahun itu yang dikenali sebagai Wang, berjumpa doktor di bandar Guiyang, China, selepas mengalami batuk berdarah dan mengadu ‘ada sesuatu’ bergerak di dalam tekaknya.

Pacat berukuran sekitar 3 sentimeter itu ditemui di dalam salur udara tekaknya menggunakan alat perubatan dinamakan bronkoskopi.

Petugas-petugas perubatan kemudian membekukan pacat itu menggunakan ais kering dan mencabutnya daripada dinding tekak pesakit

“Dalam beberapa kes serupa melibatkan pacat pada masa lalu, doktor-doktor mengeluarkan parasit itu dengan membekukannya,” kata Dr. Tao Hongmei .

Menurut doktor berkenaan, prosedur mengeluarkan pacat itu mengambil masa hanya enam minit.

Pesakit yang bekerja di sebuah kebun itu mempunyai tabiat minum air daripada mata air.

Tabiat tersebut boleh menyebabkan dia tertelan telur atau larva pacat yang kemudian menetas atau membesar di dalam tekaknya. – Agensi