Empat ekor orang utan dari Borneo dan tujuh cimpanzi itu begitu gemarkan permainan kostum sehinggakan pihak zoo terpaksa memohon sumbangan daripada orang ramai.

“Orang utan dan cimpanzi dalam jagaan kami gemar bermain kostum menggunakan apa jua kain yang ada. Pengunjung ke zoo ini juga bermurah hati mendermakan lebihan kain lama tetapi simpanan kami kini semakin sedikit.

“Kebiasaannya, kami akan membuang kain yang digunakan mawas di zoo ini setiap hari, jadi sumbangan orang awam amat dihargai,” kata Ketua Pengurusan Mawas, Pat Stevens.

Zoo Dudley juga berharap mereka yang tinggal jauh dari zoo itu dapat menyalurkan cadar, sarung bantal, tuala dan selimut. – Agensi