“Kami berusaha untuk membawa keluar mayat itu. Jika berjaya, kami akan mempertimbangkan untuk mengangkat bangkai pesawat,” kata jurucakap Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dalam satu kenyataan.

Pesawat ringan yang membawa pemain berumur 28 tahun dan juruterbang, David Ibbotson ke pasukan baharu Liga Perdana England, Cardiff City sebelum hilang dekat Pulau Guernsey pada 21 Januari lalu.

Usaha mencari bangkai pesawat digerakkan oleh keluarga Sala dengan bantuan sumbangan orang ramai termasuk beberapa pemain bintang bola sepak seperti Lionel Messi.

AAIB kemudiannya mengambil alih operasi tersebut. Pada Isnin lalu, mereka mengumumkan bahawa satu mayat yang belum dikenal pasti identitinya sudah ditemui di dalam bangkai pesawat ringan itu.

“Tiada harapan lagi,” kata bapa Sala, Horacio kepada stesen penyiaran sukan Fox Sports, mengesahkan bahawa tiada peluang untuk menemui anaknya dalam keadaan hidup.

“Kami harap dua mayat ada (di dalam bangkai pesawat). Ia sudah berakhir.” – AFP