Ada yang mendakwa objek itu adalah satu ujian misil rahsia oleh tentera China manakala beberapa pihak lain tidak menolak kemungkinan ia adalah aktiviti makhluk asing.

Satu rakaman video yang tular di laman sosial menunjukkan objek itu terbang di ruang udara pada kelajuan tinggi dan meninggalkan kesan dipercayai asap berwarna putih.

Seorang pengkaji di Pusat Pemerhatian Gunung Ungu, Zhao Haibing memberitahu portal berita Huanqiu bahawa ia ‘tidak kelihatan seperti objek asli bercahaya’. Beliau berpendapat objek itu dilancarkan dari Bumi.

Laporan media tempatan pula melaporkan objek itu dipercayai misil bawah air yang dilengkapi peledak nuklear hipersonik.

Pakar ketenteraan tidak menolak kemungkinan ia adalah misil JL-2B atau JL-3, seunit peluru berpandu antara benua daripada sebuah kapal selam.

Misil balistik itu mampu membawa antara enam hingga 10 peledak nuklear dan terbang sejauh 12,800 kilometer. Pihak berkuasa China enggan mengulas mengenai insiden itu. - Agensi