Lelaki tersebut mencelup jari ke dalam bir dan memaksa bayi lelaki berkenaan merasai minuman beralkohol di hadapan beberapa orang tetamu di bandar Ferrenafe, barat laut wilayah Lambayeque.

Rakaman telefon bimbit menunjukkan bayi yang berusia dalam lingkungan tiga hingga empat bulan itu mengerutkan wajahnya selepas lelaki dikenali sebagai Eloy memberikan botol bir tersebut kepadanya.

Tetamu yang hadir kedengaran ketawa melihat reaksi bayi itu. Klip video yang dimuat naik di Facebook dengan kapsyen: “Dia telah mencuba bir sejuk, saya harap dia (bayi tersebut) tidak akan menjadi seperti ayahnya.”

Video tersebut mencetuskan kemarahan serta kecaman netizen dan kemudiannya dipadam. Ketua perkhidmatan pendidikan tempatan, Gloria Jimenez berkata, dia akan memfailkan satu laporan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. – Agensi