Kelmarin, komputer berwarna hitam diberi nama The Persistence of Chaos itu menggegarkan dunia seni apabila ia dijual pada harga lebih AS$1.3 juta (RM5.4 juta) dalam satu acara lelongan dalam talian di New York.

Tiada apa yang istimewa mengenai komputer riba Netbook keluaran tahun 2008 bersaiz 25.4 sentimeter (10 inci) itu yang dipacu perisian lapuk Windows XP.

Bagaimanapun, cip memorinya menyimpan virus paling berbahaya dalam dunia komputer termasuk I LOVE YOU dari tahun 2000, Sobig (2003), MyDoom (2004), DarkTequila (2013), BlackEnergy (2015) dan perisian peras ugut WannaCry dari tahun 2017.

Ia merupakan simbol ancaman yang boleh didatangkan oleh sebuah komputer riba biasa terhadap seluruh dunia. Enam virus trojan, ‘cacing’ dan perisian jahat itu mengakibatkan kerugian bernilai AS$95 bilion (RM398.6 bilion) di seluruh dunia, demikian menurut O Dong

“Beliau merupakan artis seni internet yang mana karyanya mengkritik budaya dalam talian ekstrem masa kini,” kata laman lelongan tersebut yang dianjurkan oleh kumpulan kese­lamatan siber, Deep Instinct.

Komputer itu tidak berbahaya jika dihidupkan tetapi ia tidak boleh di­sambungkan kepada sebarang rangkaian komputer, lebih-lebih lagi internet. – AFP