Agensi angkasa lepas itu memaklumkan rover tersebut akan dihantar untuk meneliti objek tersebut dengan lebih dekat.

Secara rasmi dinamakan Little Colonsay, saintis NASA mula mengenalpasti batu tersebut di satu sudut sekeping gambar jarak jauh yang dihantar balik Curiosity sebelum ini.

Peralatan spektrografi pada Curiosity akan membolehkan komposisi mineral dan struktur mikro batu tersebut diuji. NASA menjangkakan batu keemasan itu mungkin seketul tahi bintang kerana ia berkilauan tetapi pengesahan hanya boleh dibuat melalui ujian kimia.

NASA menyasarkan beberapa ketulan batu untuk ujian kimia di kawasan Rabung Vera Rubin di planet merah itu termasuk seketul batu gelap yang dinamakan Flanders Moss. – Agensi