Presiden Michel Temer berkata, kemusnahan bangunan itu yang pernah menjadi istana maharaja, merupakan ‘kehilangan tidak ternilai’ buat Brazil.

“Hasil kerja selama 200 tahun, penyelidikan dan ilmu pengetahuan hilang begitu sahaja,” katanya.

Belum ada laporan mengenai punca kebakaran, angka korban atau jumlah kerosakan setakat lewat kelmarin.

Siaran langsung televi­syen menunjukkan kebakaran itu yang bermula selepas waktu lawatan pada pukul 5 petang (waktu tempatan), marak tanpa dapat dikawal sehingga tengah malam.

Muzium berkenaan yang mempunyai ikatan dengan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro dan Kementerian Pendidikan, diasaskan pada tahun 1818.

Bangunan itu menempatkan beberapa koleksi mercu tanda termasuk artifak Mesir dan fosil manusia tertua yang ditemui di Brazil. – Reuters