Monyet itu menangkap anak kucing tersebut ketika ia berkeliaran di luar sebuah kediaman di Rayong, timur Thailand, pada Sabtu lepas.

Satu klip video menunjukkan monyet itu berada di atas sebuah bumbung sambil memeluk ‘tebusannya.’ Primat itu kemudian memakan beberapa biji pisang dengan diperhatikan oleh penduduk setempat.

Kedua-dua haiwan itu tidak lagi kelihatan lebih 48 jam selepas monyet tersebut melarikan kucing itu.

Penduduk tempatan, Chantra Sakulphitak, 50, berkata, monyet itu dilihat semula pagi Ahad lepas bersama ‘tebusan’ tetapi ia muncul bersendirian petang hari yang sama.

“Sejak itu, tiada sesiapa melihat sama ada monyet atau kucing itu lagi. Kami tidak tahu sama ada ia membunuh anak kucing tersebut atau ia telah melarikan diri,” kata Chantra.

Menurutnya, penduduk di kejiranannya kenal monyet tersebut kerana ia kerap mencuri makanan mereka sejak beberapa bulan kebelakangan ini. – Agensi