Bekas batu berbentuk cawan setinggi 3 meter dengan berat 2 tan itu tidak diketahui fungsinya tetapi dipercayai digunakan untuk menyimpan mayat manusia atau upacara pengebumian.

Mitos penduduk tempatan mendakwa bahawa balang batu itu sebenarnya cawan milik sekumpulan gergasi yang gemar minum hingga mabuk.

Penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Australia menemui beberapa balang batu baharu di 15 kawasan terpencil dan hutan di kawasan pergunungan dekat sini pada tahun 2015.

“Persoalan mengapa tapak-tapak ini dipilih sebagai lokasi menempatkan balang-balang batu itu masih menjadi satu misteri,” kata pakar arkeologi universiti berkenaan, Dougald O’Reilly.

Kumpulan penyelidik itu merancang untuk memeriksa kaitan balang batu Laos dengan balang batu serupa yang ditemui di negeri Assam, India serta di Sulawesi, Indonesia. - Agensi