Penemuan mengejutkan itu dikesan beberapa pengunjung pantai berkenaan kira-kira 2.4 kilometer dari pantai Rhossili pada Ahad lalu.

“Kami menemui bangkai ikan itu ketika saya dan kekasih berjalan di tepi pantai. Kami kemudian meneruskan perjalanan dan melihat sebahagian besar lagi ikan jerung terdampar di tepi pantai.

“Ia amat mengejutkan. Saya yakin ia angkara pemancing memandangkan seekor ikan itu ditemui terbelit dengan tali pancing,” kata Laura Campbell, 24.

Sementara itu, pihak Sumber Asli Wales yang menerima laporan mengenai kejadian itu masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar jerung berkenaan mati terdampar di pantai. 
– Agensi