India mahu menjadi negara keempat, selepas Amerika Syarikat, Rusia dan China untuk berjaya mendarat di Bulan.

India juga menyasarkan untuk menjadi negara pertama mendarat di wilayah Kutub Selatan, satu kawasan yang dianggap sebagai belum pernah diteroka oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

“Kapal angkasa pendarat Vikram berjalan seperti dijadualkan dan prestasi yang dipamerkan adalah normal,” kata Pengerusi ISRO, Kailasavadivoo Sivan di bilik kawalan di bandar Bangalore.

“Selepas itu, komunikasi daripada kapal kepada stesen terputus. Kami sedang menganalisis datanya,” katanya.

Perdana Menteri Narendra Modi di pusat angkasa Bangalore memberitahu, kumpulan saintis bahawa apa yang mereka lakukan bukan pencapaian kecil.

ISRO menyatakan pendaratan bermula pada jam 1.55 pagi (waktu tempatan) adalah proses kompleks dan disifatkan Kailasavadivoo sebagai 15 minit mencemaskan. – AFP