555 individu itu didakwa telah membentuk 43 sel sebagai sebahagian daripada kumpulan Wilayat Sinai, "yang telah melaksanakan 63 operasi pengganas," kata pegawai itu merujuk kepada kumpulan yang berjanji setia kepada militan Daesh.

Mereka dituduh membunuh dan melakukan cubaan bunuh ke atas pegawai dan anggota pasukan tentera serta polis di wilayah Sinai Utara.

Daripada 555 individu berkenaan, 216 daripadanya akan hadir di mahkamah, manakala 339 orang lagi akan dibicarakan tanpa hadir, menurut pegawai itu.

Mahkamah di Mesir, sama ada untuk orang awam atau tentera, telah menyaksikan beberapa kes keganasan sejak bekas Presiden, Mohamed Morsi digulingkan tentera pada bulan Julai 2013 ekoran bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Mesir telah menjadi medan serangan kumpulan militan yang ketara sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas Morsi digulingkan. - AFP