Kesemua murid daripada Sekolah Rendah Weston itu berusia bawah 10 tahun dan dikesan menghidap kanser otak, buah pinggang, hati dan kanser darah limfoma dalam tempoh dekat antara satu sama lain.

Pemilik menara telekomunikasi tersebut, syarikat Sprint memadamkan pemancar tersebut tetapi menegaskan tahap frekuensi radionya adalah 100 kali lebih rendah daripada had persekutuan, namun penyiasat persendirian ibu bapa murid terbabit mengatakan ia masih tinggi walaupun tidak melebihi had ditetapkan.

“Teknologi itu dikelaskan sebagai mungkin menjadi punca penyebab kanser. Kami bukannya naif mengenai faktor lain seperti pengaruh alam sekitar, namun secara asasnya kami berasa 
menara itu tidak sepatutnya dipasang di sini,” kata ibu seorang murid lelaki yang disahkan menghidap kanser otak pada 2016, Monica Ferruli.

Tidak banyak bukti yang mengaitkan menara telekomunikasi dengan risiko kesihatan kepada manusia namun kejadian di bandar kecil itu diperakui sungguh luar biasa. – Agensi