Wanita tersebut dikesan mengalami kesukaran bernafas akibat menangis tanpa henti, malah tangannya juga mengalami kekejangan.

Dr. Yuan Liyan yang merawatnya berkata, Li dibawa ke hospital berkenaan oleh rakan-rakannya yang turut sama menonton filem berkenaan.

“Selepas kami memantau gejalanya, kami percaya dia menangis terlalu banyak sehingga menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas,” kata doktor tersebut.

Doktor itu memberitahu, Li turut diberi bantuan terapi oksigen dan dilaporkan semakin pulih tidak lama kemudian. Filem Avengers: Endgame telah mengutip lebih AS$1.2 bilion (RM4.96 bilion) untuk minggu pertama tayangannya. – Agensi