ZUCKERBERG. - AP
 

Beliau juga memohon maaf berhubung pecah amanah terhadap dua bilion penggunanya dan berjanji kesilapan sama tidak akan berulang.

Dalam kenyataan terbuka pertamanya me­ngenai kemarahan berhubung pengumpulan data 50 juta pengguna Facebook oleh firma Britain yang mempunyai kaitan dengan kempen pilihan raya Presiden Donald Trump pada 2016, Zuckerberg berkata, Facebook mempunyai tanggungjawab untuk melindungi data anda.

“Kami tidak berhak mendapat anda jika tidak berbuat demikian,” kata Zuckerberg.

Beliau berjanji Facebook akan menyiasat setiap aplikasi yang mengakses data dalam jumlah besar di laman sosial utama dunia itu dan melakukan audit forensik ke atas apa sahaja yang mencurigakan.

“Kejadian ini merupakan pecah amanah serius dan saya meminta maaf ia berlaku. Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan ia tidak berlaku lagi,” kata Zucker­berg berkata dalam wawancara bersama saluran be­rita CNN.

Beliau berkata demikian beberapa hari selepas saham Face­book menjunam dan wujud gesaan supaya kerajaan Amerika Syarikat dan Eropah menyiasat penyelewengan yang berlaku.

Firma perunding Britain, Cambridge Analytica didapati mengumpulkan data berjuta-juta orang melalui aplikasi yang dibangunkan oleh penyelidik apli­kasi, Aleksandr Kogan.

Aplikasi Kogan bukan sahaja mencuri maklumat pengguna Face­book tetapi juga rakan mereka.

“Ini adalah pecah amanah antara Kogan, Cambridge dan Facebook. Namun, ia juga pecah amanah antara Facebook dan pengguna yang berkongsi data mereka dengan kami dan mahu kami melindunginya. Kami perlu betulkannya,” kata Zuckerberg.

Menurutnya, beberapa perubahan yang dibuat oleh Facebook pada tahun 2014 adalah untuk menangani aplikasi kasar. Perubahan itu, katanya, akan dapat menghalang aplikasi seperti yang dikaitkan dengan Cambridge Ana­lytica daripada berupaya mendapatkan sebegitu banyak data se­perti yang berlaku sekarang.

Semasa wawancara bersama CNN, Zuckerberg turut berkata, beliau terbuka untuk memberikan penerangan kepada Kongres AS dan tidak menentang kawalan terhadap Facebook.

“Persoalannya adalah kawalan undang-undang yang betul dan bukannya adakah (Facebook) perlu dikawal,” katanya. – AFP