Ketua hakim berkenaan dan Hakim Hassan Saeed telah ditahan berhubung satu siasatan yang sedang berlangsung.

Terdahulu, polis menahan bekas Presiden Maldives, Maumoon Abdul Gayoom dan menantu lelakinya di kediaman mereka di ibu negara atas dakwaan merancang untuk menggulingkan kerajaan.

​​Gayoom, saudara tiri Yameen, telah berpihak kepada pembangkang dan sedang berkempen untuk menggulingkan Yameen.

​​​​Yameen pada malam Isnin telah mengisytiharkan bahawa Maldives kini diletakkan dalam keadaan darurat selama 15 hari namun kehidupan harian rakyat, termasuk perniagaan, kekal tidak terjejas dan perintah berkurung juga tidak akan dikenakan. 

​Kerajaan turut memberi jaminan bahawa aktiviti pelancongan akan diteruskan tanpa sebarang gangguan dan berkata, pusat peranginan serta hotel di negara itu beroperasi seperti biasa.

Maldives berdepan kekacauan sejak Mahkamah Agung, pada minggu lepas, mengeluarkan perintah agar beberapa pemimpin tinggi pembangkang dibebaskan, termasuk bekas presiden, Mohamed Nasheed dan bekas naib presiden, Ahmed Adeeb.

Terdahulu, Yameen pada Isnin telah menulis tiga pucuk surat kepada Mahkamah Agung untuk menjelaskan cabaran dalam melaksanakan perintah itu. - Bernama