Seks gay dianggap sebagai tabu oleh kebanyakan masyarakat konservatif India dan telah diputuskan sebagai kesalahan jenayah pada tahun 2013.

Seramai lima orang hakim di Mahkamah Agung India sebulat suara membatalkan larangan itu.

“Apa-apa perhubungan seksual antara kedua-dua orang dewasa yang suka sama suka sama ada homoseksual, heteroseksual atau lesbian tidak boleh dikatakan melanggar perlembagaan,” kata Ketua Hakim India, Dipak Misra ketika membacakan penghakiman itu.

Kesalahan seks gay di India boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Para aktivis golongan tersebut mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang berjuang untuk perkara ini, berani menentang prasangka pa­ling buruk terhadap kami,” kata Pengarah Human Rights Watch Asia Selatan, Meenakshi Ganguly.

“Ini bukan hanya me­ngenai memberi kebenaran, tetapi mengiktiraf hak-hak asasi kami,” kata Akhi­lesh Godi, salah seorang pempetisyen di dalam kes tersebut kepada Reuters.

Undang-undang dikenali sebagai Seksyen 377 India melarang ‘hubungan seksual yang melawan fitrah dengan mana-mana lelaki, wanita atau haiwan’ yang diterjemahkan secara me­luas merujuk kepada pelaku seks homoseksual. – Reuters