FacebookSeekor sengkenit yang dijumpai pada kulit kepala Kirk.

Jessica Griffin dari Grenada di sini pada mulanya beranggapan kaki anaknya, Kailyn Kirk, menjadi ‘kebas’ selepas kanak-kanak itu terjatuh dari katil pada waktu pagi.

Bagaimanapun, ketika Griffin menyikat rambut Kirk, dia menjumpai seekor kutu dan kesan gigitan pada kulit kepalanya.

Wanita itu membawa anaknya ke bilik kecemasan Pusat Perubatan Universiti Mississippi di sini.

Ujian darah dilakukan mendapati Kirk terkena kelumpuhan kutu yang berpunca daripada neurotoksin yang terkandung dalam air liur sengkenit itu.

Doktor memberitahu Griffin bahawa apabila sengkenit itu dibuang, simptom yang dialami anaknya akan kembali normal antara 12 hingga 24 jam. – Agensi