Set 12 lukisan yang dilukis pada 1952 dijual menerusi satu acara lelongan malam Ahad lalu, kata firma lelongan Beijing Poly International Auction dalam satu kenyataan.

Pelukis yang hidup dari tahun 1864 hingga 1957 itu menjadi artis seni China pertama mencatat jualan melebihi AS$100 juta (RM408 juta) untuk lukisan, kata firma lelongan itu.

Lukisan Baishi berjudul 'Twelve Landscape Screens' memaparkan kawasan pergunungan, perkampungan dan pokok dalam tona biru lembut, kelabu, coklat serta merah jambu.

Identiti pembeli lukisan itu tidak didedahkan. - AFP