Gempa bumi dengan kekuatan 6.9 SR telah menggoncang Lombok dan sekitarnya pada pukul 7.56 malam waktu Indonesia bahagian barat malam tadi, menurut data yang dikeluarkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG).

"Gempa susulan dari gempa 6.9 SR masih terus berlangsung. Tercatat 101 kali gempa susulan sudah berlangsung dengan sembilan  kali gempa melebihi 5 Skala Richter setakat pukul 11 pagi ini," menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho

Beliau berkata, setakat pukul 10. 45 pagi ini, mengikut data sementara Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, 10  lagi dilaporkan terkorban manakala  24 cedera.

Pasukan penyelamat ketika ini masih melakukan operasi menyelamat dan statistik mereka yang terkorban dan cedera dikhuatiri terus meningkat, katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama