Menurut laporan, lintah sepanjang 5 sentimeter itu dipercayai hidup di dalam kerongkong pesakit berumur 63 tahun itu sejak tiga bulan lalu.

Pesakit berkenaan tidak sedar kehadiran lintah itu di dalam kerongkongnya. Doktor percaya haiwan itu memasuki ke dalam badan wanita berkenaan ketika dia mandi di sebuah kawasan mata air.

Satu rakaman video menunjukkan doktor berjaya menarik keluar lintah yang masih hidup itu dari kerongkong pesakit sebelum diletakkan di atas dulang pembedahan.

Doktor menyatakan jika lintah itu gagal dikesan segera, ia boleh menyerang bahagian sinus pesakit. – Agensi