Sebelum insiden berlaku, mangsa, Suwit Tipjantha, 39, dilaporkan minum minuman keras di rumah Permsak Petprasert, 50, bersama seorang lagi rakan pada malam Sabtu lalu.

Sebaik mereka menghabiskan minuman itu, Permsak dan rakan ketiga keluar ke kedai lalu meninggalkan Suwit bersama isterinya, Tin, 52, di rumah.

Mangsa, seorang tukang cat bas, didakwa cuba menggoda Tin yang sedang tidur dengan menyentuh lengannya.

Tin bangun lalu lari keluar rumah dan menjerit meminta bantuan. Kejadian itu sempat disaksikan oleh suaminya yang kebetulan baru tiba di rumah.

Permsak menjadi berang lalu memukul Suwit dengan tukul dan kemudian mengerat zakar mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong buah. Dia menceritakan kepada polis mengenai perbuatan itu.

Mangsa yang pengsan sedar keesokan hari di wad Hospital Baan Pong di sini tetapi gagal mengingati kejadian yang menyebabkan dia kehilangan alat sulitnya.

Pasukan forensik yang melakukan pencarian gagal menemui alat sulit mangsa dan dipercayai telah dimakan anjing. Sementara Permsak kini berdepan hukuman penjara enam bulan hingga 10 tahun jika didapati bersalah. – Agensi