Casey King, 34, yang mempunyai berat badan 320 kilogram berkongsi kisah hidupnya menerusi musim baharu rancangan realiti televisyen TLC; Family by the Ton baru-baru ini mendedahkan dia sudah tidak bekerja dan tinggal bersama ayahnya, Danny King.

Berat badannya bertambah selepas tamat persekolahan dan mula ketagih makan selepas bekerja di beberapa buah restoran.

Badannya terus membesar selepas tinggal bersama bapanya dan dimanjakan dengan makanan kegemarannya seperti piza, ayam dan makanan Jepun setiap hari. King kini bermain permainan video sepanjang hari dalam keadaan bogel kerana pakaiannya terlalu ketat.

Dia turut mengaku pernah tersepit hampir sembilan jam di dalam bilik mandi sehingga memaksa bapanya membelikan kolam besi khas untuk membersihkan diri. – Agensi