Pavel Semanyuk, 87, sentiasa mengimpikan mempunyai keluarga besar dan ia menjadi kenyataan apabila isterinya melahirkan 13 orang anak.

Anak-anaknya yang kemudian berkahwin dan beranak-pinak menjadikan jumlah keseluruhan ahli keluarganya berjumlah 346 orang yang masih hidup termasuk seorang bayi berusia dua minggu.

Secara terperinci, Semanyuk yang merupakan bekas buruh binaan mempunyai 13 orang anak, 127 orang cucu, 203 orang cicit serta tiga piut. Dia mengakui sukar mengingat nama kesemua nama ahli keluarganya.

Ketua Pendaftar Rekod Kebangsaan Ukraine, Lana Vetrova berkata, Semanyuk mempunyai peluang cerah memecah rekod dunia mempunyai ahli keluarga paling ramai kerana pada masa ini jumlah yang paling tinggi direkodkan ialah 192 orang di India. – Agensi