Rakaman itu menunjukkan lelaki yang tidak didedahkan identitinya menguji tangan robotik berkenaan selepas disambungkan pada cip yang ditanam di dalam otaknya.

Dia kelihatan mampu berjabat tangan dengan seorang doktor, Sultan Tukeshov yang melakukan prosedur berkenaan. Lelaki itu kemudian cuba memegang satu botol plastik dan menggenggam tangan kirinya.

Tangan bionik dengan lima jari itu dipasang pada lengan kanan lelaki berkenaan di Hospital Kebangsaan Kyrgyzstan di sini baru-baru ini.

Lazimnya, tangan prostetik yang disambungkan pada badan manusia hanya mampu melakukan sesuatu perkara spesifik yang lebih mudah dan ringan. – Agensi