Lazimnya, wanita mencukur sebanyak mungkin bulu pada tubuh mereka. Namun, kajian berkenaan menyarankan mereka untuk tidak mencukur atau mencabut bulu kening.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Psychology itu meminta kira-kira 1,000 responden lelaki menilai sebilangan gambar wanita untuk memilih imej yang mempunyai daya tarikan.

Hasilnya, imej wanita berkening tebal menjadi pilihan berbanding dengan mereka yang mencabut bulu kening.

Ramai selebriti yang mengikuti trend kening tebal termasuk bintang filem Suicide Squad, Cara Delevingne dan aktres Lily Collins.– Agensi