Polis mengatakan suspek yang dikenal pasti sebagai Roberto Arroyo, 33, menghabiskan masa kira-kira tiga jam melakukan aksi pelik itu di hadapan rumah milik Sylvia dan Dave Dungan.

Kejadian itu disedari oleh anak-anak Dungan yang terjaga selepas terdengar bunyi alat penggera keselamatan menandakan ada pergerakan di hadapan pintu kediaman mereka.

“Kami hanya ketawa selepas melihat kejadian itu kerana secara teknikal, dia tidak melakukan apa-apa,” kata Sylvia kepada stesen televisyen KION 546.

Polis mengatakan suspek turut kencing di hadapan premis pasangan berkenaan. Suspek itu kini berdepan tuduhan kesalahan cubaan mencuri dan mengintai. – Agensi