Joey Morris, 29, yang menghidap suatu ‘kecenderungan’ untuk tertarik terhadap objek sejak berumur 10 tahun. Dia pernah mempunyai beberapa ‘pasangan’ termasuk lampu di sekolah, lori mainan Optimus Prime dalam siri animasi Transformer selain figura Halloween

Bagaimanapun, dia mula tertarik dengan senyuman ‘memuaskan’ patung RoboTroll yang memiliki rambut merah jambu. Pada ketika itu, hubungan mereka menjadi serius.

“Bagaimanapun, cinta saya terhadap objek lain tidak bertahan lama seperti rasa sayang pada Robotroll, iaitu cinta utama ketika ini. Saya membelinya di laman eBay pada harga AS$20 (RM82) dan menerima robot itu pada bulan Disember 2017. Pada ketika itu, cinta kami sudah berputik,” katanya.

Morris mengakui ahli keluarga dan rakan-rakan sering menjadikan cintanya sebagai satu gurauan tetapi merestui hubungan luar biasa itu.

“Saya diberitahu keinginan ini suatu penyakit mental dan ada yang menyamakannya dengan sifat kebinatangan. Saya abaikan mereka kerana (saya) berasa gembira dengan hubungan bersama RoboTroll,” katanya. – Agensi