Arteval Duarte turut merakam aksi berbahaya dia memasukkan satu demi satu ekor reptilia berbisa tersebut ke dalam mulutnya sambil berdiri di atas sekeping papan dipenuhi paku.

Dia yang dikenali sebagai ‘ninja ular’ membuat rakaman itu demi memupuk kesedaran tentang kemusnahan hutan hujandi benua Amerika Selatan yang turut meliputi Peru, Colombia, Venezuela, Guyana, Bolivia, Suriname dan Guiana Perancis.

Aksi mendebarkan itu berlangsung selama 15 saat sebelum Duarte turun dari papan berkenaan dan kemudian meletakkan ular-ular tersebut di atas kepalanya tanpa dipatuk.

Difahamkan 200 pokok hutan Amazon ditebang setiap satu minit dan jika tidak dibendung bakal menyebabkan hutan hujan itu lenyap sepenuhnya menjelang tahun 2030. – Agensi