Mesej Twitter berserta gambar yang dikongsi seorang wanita dari negeri Indiana, Courtney Lee Johnson pada Khamis lalu menyatakan, lelaki tidak dikenali itu berdiri di lorong kabin pesawat semasa satu penerbangan jarak jauh.

Dia bagaimanapun, tidak mendedahkan butiran penerbangan tersebut.

“Lelaki ini terus berdiri selama enam jam supaya isterinya dapat tidur. Nah, inilah cinta,” katanya menerusi Twitter.

Bagaimanapun, sebilangan netizen tidak bersetuju dengan kenyataan Courtney dan melabelkan isteri lelaki itu sebagai ‘pentingkan diri sendiri’.

“Jika inilah cinta, saya lebih rela sendiri,” kata seorang netizen.

“Bagaimanakah ini dikatakan cinta? Anda sanggup membiarkan pasangan anda tertekan. Tidak bolehkah anda sandarkan kepala di ribanya?” kata komen kedua.

Sebilangan lagi pengguna media sosial berkata, lelaki itu tergolong dalam kalangan suami yang takut pada isteri.

Mereka juga mendesak agar butiran penerbangan itu didedahkan kerana enggan percaya bahawa kru kabin akan membenarkan penumpang berdiri dalam tempoh yang begitu semasa menaiki pesawat. – Agensi