Reptilia sepanjang 2 meter itu berkeliaran di kawasan siar kaki tanpa sebarang peralatan keselamatan berhampiran Teater Wuhu, di sini pada Selasa lepas, sebelum ia memanjat masuk ke dalam sebuah sangkar.

Bandar Wuhu yang mempunyai kira-kira 3.7 juta penduduk, terletak di wilayah Anhui, timur China.

Tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu, manakala pemilik aligator tersebut didenda 500 yuan (RM299) oleh pihak polis.

Polis berkata, pemilik aligator itu mempunyai lesen untuk memelihara binatang buas tetapi dia tidak dibenarkan melepaskannya di tempat awam.

Menurut sebuah portal tempatan, aligator seberat 99.7 kilogram itu dibela oleh seorang ahli akrobat berumur 26 tahun dikenali sebagai A Meng. – Agensi