Acara itu dianjurkan secara khusus bagi membolehkan Corones mendapat peluang meme­cahkan rekod kumpulan umur 100-104 tahun yang dilakukan oleh John Harrison dari Britain dengan catatan masa 1 minit 31.19 saat pada 2014.

“Ia merupakan satu-satunya masa apabila kamu tidak berjuang melawan graviti. Apabila berada di dalam air, kamu berada dalam persekitaran anti-graviti dan ia sangat cantik,” katanya.

Bekas doktor itu mengakui, aktiviti renang yang disertai semula pada usia 80 tahun merupakan rahsianya panjang umur. – AFP