Serangga jenis funnel web yang dinamakan sebagai Colossus dengan ukuran sepanjang 7.8 sentimeter (cm) itu ditemui di kawasan bandar Central Coast dan telah didermakan kepada Taman Reptilia Australia.

Setakat ini, labah-labah itu dilaporkan sebagai kedua terbesar daripada spesies sama pernah dilihat kakitangan Taman Reptilia Australia. Funnel web paling besar ditemui setakat ini berukuran 10cm.

Kelenjar racun labah-labah itu dikatakan terlalu penuh hingga menyebabkan bisa akan menitis jatuh dari taringnya sewaktu berada dalam posisi mempertahankan diri daripada ancaman.

Colossus didermakan untuk satu program antiracun yang mengumpul bisa labah-labah dan ular bagi kegunaan makmal serta penghasilan penawar racun. – Agensi