Kura-kura yang dinamakan sebagai Hugo, berusia 68 tahun, dilaporkan hidup dalam kesepian tanpa pasangan di Taman Reptilia Australia (ARP) di Somersby di sini.

Ketua Bahagian Reptilia ARP, Daniel Rumsey menyatakan mereka sudah melakukan pencarian pasangan untuk Hugo di serata dunia, namun masih gagal.

Beliau berkata, sebagai usaha terakhir, satu profil disiapkan untuk Hugo dan dipamerkan dalam akaun Tinder untuk membantu kura-kura itu mencari pasangan.Rumsey yang merupakan pakar reptila turut menyatakan bahawa kura-kura bujang itu gemar meluangkan banyak masa di pantai. – Agensi