Pakar Entomologi universiti Nagasaki, Profesor Shin-ya Ohba yang meminati kumbang air gergasi sejak berusia tujuh tahun memaklumkan serangga tersebut pernah dilihat memakan anak itik, katak, ular, penyu kecil, ikan, serangga lain malah menyerang jari kaki manusia.

Kumbang itu menggunakan kaki depannya untuk mencengkam mangsa sebelum menyuntik cecair yang melarutkan daging dari dalam. Serangga itu kemudian menyedut keluar larutan daging tersebut melalui mulut berbentuk straw.

Terdapat kira-kira 150 spesies kumbang air gergasi di seluruh dunia dengan yang paling besar sepanjang 10 sentimeter boleh ditemui di benua Amerika Selatan.

Antara ciri aneh pada kumbang air gergasi adalah tiub pernafasan pada bahagian dubur dan kumbang jantan yang menjaga telur, manakala kumbang betina akan memusnahkan telur pesaing bagi merampas pasangan untuk mengawan. – Agensi