Satu rakaman video berdurasi 33 saat menunjukkan seorang lelaki berseluar pendek berdiri di atas permukaan tembok dinding sebelum memanjat ke atas badan kuda itu.

Sebaik duduk di atas badan kuda itu, haiwan berkenaan kelihatan sukar mengimbangi badan sebelum jalan berundur dan rebah di atas permukaan tanah.

Beberapa individu yang menyaksikan kejadian itu menjerit kerana terkejut. Seorang rakan penunggang kuda yang membuat rakaman video kejadian itu turut ketawa berdekah-dekah.

Klip video yang tersebar di internet menimbulkan kemarahan orang ramai yang mengutuk perbuatan lelaki obes itu dan menyatakan ia satu kekejaman terhadap haiwan. – Agensi