Pemiliknya, Kimberly Koerber, 32, berkata, dia sedang menjaga anak saudara lelakinya, Shaddix dan meminta kucing peliharaannya bernama Mac itu membantunya mengayun buaian bayi berkenaan.

Kucing berwarna putih dan hitam itu dirakam mengayun buaian berkenaan untuk menidurkan anak saudara Koeber yang berusia enam bulan.

“Saya tidak sangka Mac mempunyai kemahiran luar biasa apabila hanya menggunakan sebelah kakinya untuk mengayun buaian Shaddix. Saya agak terkejut dengan bakatnya itu,” katanya.

Bagaimanapun, menurut pelajar kejururawatan itu, keluarganya tidak mempunyai bayi di rumah dan Mac kelihatan teruja apabila melihat kehadiran Shaddix di rumah tersebut pada bulan lalu.

– Agensi