Ahli jawatankuasa perisikan Parlimen Korea Selatan, Kim Byung-kee membuat pendedahan mengejutkan mengenai taktik siber yang digunakan oleh jirannya, Korea Utara.

“Korea Utara menghantar e-mel yang boleh menggodam bursa mata wang kripto dan maklumat peribadi pelanggannya serta mencuri mata wang digital bernilai berbilion-bilion won,” katanya.

Menurut ahli jawatankuasa perisikan itu, Korea Utara meneruskan usaha menggodam bursa mata wang digital, manakala Korea Selatan cuba untuk menghalang serangan seterusnya.

Byung-kee tidak mendedahkan bursa saham yang digodam oleh Pyongyang. Satu bilion won adalah bersamaan kira-kira 3.58 juta ringgit Malaysia.

Pakar mata wang kripto, Dr Garrick Hileman berkata, mata wang digital seperti Bitcoin boleh digunakan oleh Korea Utara untuk membantu ekonominya yang lemah.

“Mereka yang terlibat dalam kese­lamatan negara semakin menunjukkan minat pada mata wang kripto termasuk bagaimana ia digunakan oleh negara se­perti Korea Utara.

“Terdapat laporan bahawa minat yang ditunjukkan oleh Korea Utara terhadap mata wang kripto juga meningkat,” kata Hileman.

Walaupun mata wang digital khusus yang menjadi sasaran Korea Utara tidak didedahkan, Jong-un sebelum ini me­nyasarkan Bitcoin dalam beberapa sera­ngan siber.

Namun, nilai mata wang digital utama itu pada tahun ini merosot kepada AS$7,700 (RM30,033) untuk satu Bitcoin selepas mencapai paras tertinggi AS$20,000 (RM78000) pada tahun 2017. – Agensi

GAMBAR yang dirakam pada 4 Disember tahun lalu menunjukkan Prawit menutup muka untuk berlindung daripada cahaya matahari sekali gus memperlihatkan jam tangannya semasa sesi bergambar di Rumah Kerajaan di Bangkok, Thailand.

AGENSI berita KCNA menyiarkan Jong-un melawat sebuah kilang bas 
di Pyongyang pada Khamis lalu.

SEBUAH papan tanda elektronik menunjukkan kadar tukaran antara Bitcoin dan mata wang won di sebuah bursa mata wang digital di Seoul pada 13 Disember 2017.

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan terminal syarikat penerbangan Emirates di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE.