Media rasmi Korea Utara dan China hari ini telah melaporkan bahawa Jong-un mengadakan lawatan tidak rasmi selama empat hari ke China dan bertemu Presiden, Xi Jinping.

Ia merupakan perjalanan pertama pemimpin Korea Utara itu ke luar negara yang diketahui umum sejak mengambil alih kuasa pada akhir tahun 2011. 

Ia mendahului pertemuan beliau dengan pemimpin Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) yang telah dirancang serta bakal berlangsung masing-masing pada April dan Mei depan. - Bernama