Menurut ahli-ahli paleontologi, kilang purba itu ditemui bersebelahan bangkai seekor mamot dalam keadaan beku di pulau tersebut.

Pakar mamot dari Akademi Sains Yakutia yang memeriksa kilang senjata tersebut berkata, terdapat kesan pertukangan pada gading serta tulang rusuk bangkai gajah berkenaan, menandakan ia diburu oleh manusia.

“Kesan proses, mungkin oleh lelaki purba, ditemui pada cebisan gading gajah ini,” kata pakar berkenaan, Innokenty Pavlov kepada akhbar The Siberian Times.

Gading yang diukir itu mempunyai bahagian tajam yang sesuai digunakan untuk memotong daging serta dibuat senjata untuk membunuh. Terdapat contoh penggunaan gading yang dijadikan lembing di beberapa lokasi lain di Siberia.

“Keadaan gading itu jelas menunjukkan manusia memotongnya dan menjadikan ia sebagai senjata,” katanya.

Kajian lanjut akan dilakukan untuk mengetahui sama ada haiwan tersebut diburu menggunakan lembing yang dibuat daripada gading haiwan itu sendiri atau gajah lain.

“Kami akan menentukan usia gading gajah tersebut menggunakan teknik radio karbon tetapi buat masa ini, kita boleh katakan usianya tidak kurang dari 10,000 tahun,” kata Pavlov. 
- Agensi