Penemuan luar biasa itu diperoleh daripada ujian genetik yang canggih dan teknik pembentukan semula wajah yang dilakukan terhadap tulang Lelaki Cheddar yang mati kira-kira 10,000 tahun lalu.

Tulang itu ditemui di Cheddar Gorge yang terletak di Somerset pada tahun 1903 dan merupakan rangka manusia hampir lengkap yang pernah ditemui di Britain.

Sekumpulan saintis berkata, mereka terkejut apabila mendapati bahawa manusia terawal di negara itu boleh dianggap sebagai berkulit hitam jika dia masih hidup.

ā€œDianggarkan ketepatan ujian itu sebanyak 74 peratus. Jika manusia dengan warna kulit sedemikian masih ada, kami menggelarkannya lelaki berkulit hitam,ā€ kata seorang saintis, Dr. Tom Booth.

Dokumentari penemuan bertajuk The First Brit: Secrets of the 10,000 Year Old Man itu telah disiarkan di Channel 4 dengan kerjasama Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Britain baru-baru ini. ā€“ Agensi