Keely Favell, 28, merasakan dirinya semakin gemuk apabila sista tersebut membesar sejak empat tahun lalu tetapi mengambil keputusan berjumpa doktor selepas dia pengsan di tempat kerja.

Doktor mulanya mendakwa dia mengandung walaupun tiga ujian kehamilan adalah negatif. Imbasan CT bagaimanapun mendedahkan terdapat sista besar yang menakung cecair.

Pembedahan selama lima jam pada Mac tahun lalu telah meninggalkan parut sepanjang 30 sentimeter pada perut Favell tetapi dia kini hilang satu pertiga daripada berat badannya.

Doktor juga terpaksa membuang ovari sebelah kanan Favell tetapi memaklumkan dia masih boleh hamil. Berat sista itu bersamaan tujuh bayi baru lahir di Britain yang puratanya seberat 3.5 kilogram. – Agensi