Menteri Media Arab Saudi, Awwad Saleh Al-Awwad berkata, langkah tersebut diharap dapat membantu negara itu melenyapkan imej tidak mesra yang disebabkan oleh iklim budaya sosialnya.

"Pada masa ini, kami mengeluarkan visa bagi tujuan penganjuran sesuatu acara, dan untuk menjadikan ia (visa pelancong) suatu realiti, kami perlu mempertimbang beberapa aspek.

Arab Saudi juga merupakan sebuah tempat di mana berjuta-juta orang datang untuk bekerja dan kami perlu mencari mekanisme yang tepat untuknya.

"Kami akan cuba membincangkannya lagi dengan kerajaan dan insya-Allah, mungkin kami boleh mengeluarkan visa pelancong pada tahun ini," katanya semasa mengadakan pertemuan dengan kumpulan media asing di pejabat kementerian itu di sini baru-baru ini. - Bernama