Sarah Jones memberikan nama Malaysia kepada bayi perempuan berkulit putih dan bermata biru sementara kembar lelakinya yang berkulit gelap dan mata perang diberi nama Malachi. Fenomena itu jarang berlaku tetapi kebarangkaliannya lebih tinggi bagi pasangan kembar tidak seiras.

Perkara itu bagaimanapun bukan sesuatu yang pelik bagi Jones kerana dia sudah mempunyai seorang anak berusia enam tahun berkulit gelap dan seorang lagi berusia dua tahun berkulit cerah.

“Semua empat anak saya jauh berbeza tetapi mereka bergaul dengan baik. Ramai yang bertanya sama ada Malaysia dan Malachi anak angkat atau mempunyai ayah kandung berlainan, malah mereka tidak menyangka kedua-duanya kembar,” kata Jones.

Pakar genetik Universiti Edinburgh, Jim Wilson memberitahu rangkaian berita BBC bahawa warna kulit banyak bergantung kepada variasi genetik dengan sekurang-kurangnya 20 warna kulit berbeza untuk manusia. – Agensi