Kelly, 28, dan suaminya, Seb Jones, 29, mula memelihara kucing daripada baka Serval yang dinamakan sebagai Anubis sejak haiwan itu berusia 11 minggu.

Kucing jantan yang kini berusia sembilan bulan itu mempunyai ketinggian 91 sentimeter (sm) dan dipercayai boleh membesar sehingga dua kali ganda saiznya.

Dua anak pasangan itu iaitu Sienna, 4, dan Brandon, 10, membenarkan Anubis untuk tidur di atas katil mereka pada waktu malam walaupun kucing itu dikategorikan sebagai haiwan liar dan bahaya.

Jones mendakwa, walaupun kucing itu mempunyai taring sepanjang 5sm, namun haiwan berkenaan gemar mengerekot dengan keluarganya pada waktu malam.

Mereka juga membina tempat khas di luar rumah untuk Anubis yang dipasang dengan televisyen litar tertutup (CCTV) bagi memastikan pergerakannya dipantau setiap masa.

Mereka yang turut memelihara seekor buaya kecil dikenali sebagai Cuvier’s Dwarf Caiman dan seekor kucing baka Sphynx berharap dapat membiakkan Anubis pada masa hadapan. – Agensi